Tambadau 'tanduk' PDRM di Likas
SABAH 3 PDRM 1
Sabah terus memberi amaran bahawa mereka antara pesaing utama dalam saingan Liga Perdana musim ini apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas membenam PDRM FA 3-1 di Stadium Likas, sebentar tadi.Beraksi di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, skuad Tambadau itu tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan gol apabila sepakan percuma kaki kiri Luis Carlos Junior pada minit keempat terus menerjah jaring.
Pada minit ke-20, pemain import tengah Sabah, Luka Milunovic, hampir menambah jaringan, namun sepakan percumanya diselamatkan penjaga gol PDRM, Willfred Jabun.
PDRM yang sesekali melakukan serangan memiliki peluang baik pada minit ke-28 tetapi sepakan percuma cantik Shahurain Izuan Abdullah ditepis penjaga gol tuan rumah, Rozaimie Rohim, sebelum bola terkena palang.
Pada minit ke-44, seorang lagi penyerang import Sabah, Rodoljub Paunovic, menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyempurnakan hantaran Maxsius Musa dan ia kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, Sabah terus garang apabila memperolehi gol ketiga menerusi Junior yang mudah menyudahkan hantaran Paunovic pada minit ke-47 bagi menjadikan kedudukan 3-0.
Pada minit ke-52, pertahanan import PDRM, Redzovic Argzim, menghidupkan sedikit peluang untuk pasukannya apabila percubaannya dari dalam kotak penalti hasil sepakan percuma Shahurain terus menerjah jaring bagi menjadikan kedudukan 3-1.
Pasukan pelawat sekali lagi mencemaskan pintu gol Sabah tetapi tandukan Shahurain yang tidak dikawal pada minit ke-70 diselamatkan Rozaimie.
Kedudukan 3-1 itu kemudian kekal sehingga pengadil perlawanan, Muhd Faiz Jamaluddin, meniupkan wisel penamat.
Keputusan lain Liga Perdana:
JDT II 2 KELANTAN 0
UKM FC 4 SARAWAK 0
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
إرسال تعليق