Seorang lelaki ditemukan mati sekitar pukul 1:45-tengah hari tadi, dipercayai membunuh diri.
M ayat lelaki tersebut ditemukan orang awam yang melalui kawasan berkenaan untuk pergi memancing ikan di Kampung Petagas, Jalan Mas Cargo.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji memaklumkan kejadian ini kepada wartawan RTM di Kota Kinabalu.
Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an.
*** Sekiranya anda mengalami masalah atau gangguan emosi ketika ini. Hubungi Khas Kaunseling Covid-19 di Talian Kasih 15999 & Whatsapp Talian Kasih di 019 2615999.
إرسال تعليق