Jambatan gantung di Ranau akan dibina semula selepas runtuh

Jambatan gantung merentasi Sungai Sugut di Kampung Gusi, Ranau, Sabah yang terputus sebelah menyebabkan ia tidak lagi boleh digunakan oleh penduduk kampung.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Jambatan gantung Kampung Gusi, Ranau akan dibina semula

Jambatan gantung bagi menyeberang Sungai Sugut di Kampung Gusi, Ranau yang putus hingga menyebabkan lapan pelajar cedera baru-baru ini akan dibina semula bagi memudahkan perhubungan penduduk kampung itu dengan kawasan luar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, jambatan itu merupakan satu-satunya jalan perhubungan yang menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan seberang. Dr. Jaochim Gunsalam

Picture
Jambatan gantung sepanjang 150m dan setinggi 2.4m yang dibina sejak 10 tahun lalu runtuh baru-baru ini.

“Jambatan gantung sepanjang 150 meter dan mempunyai ketinggian 18 Kaki perlu dibina semula.

“Ini merupakan satu-satunya jambatan utama yang menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan seberang.

Picture
Joachim (empat dari kanan) bersama penduduk kampung.

“Ketiadaan jambatan ini menyebabkan aktiviti sosio -ekonomi penduduk di sini dalam bidang pertanian terjejas kerana mereka sukar membawa keluar hasil pertanian mereka,” katanya selepas membuat kunjungan ke Kampung Gusi, Ranau bagi meninjau keadaan jambatan yang runtuh kelmarin.

Picture
Jambatan gantung ini satu-satunya jambatan utama yang menghubungkan penduduk Kampung Gusi di Ranau dengan kawasan seberang.

Jambatan itu putus baru-baru ini menyebabkan lapan pelajar cedera termasuk seorang yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, manakala mangsa lain sudah pulih.

Kejadian berlaku ketika pelajar terbabit keluar ke jambatan itu bagi mendapatkan liputan internet ekoran capaian internet yang lemah di kampung itu.

Picture
Joachim Gunsalam.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, jambatan gantung itu telah dibina 10 tahun lalu dan kini sudah agak usang.

Malah katanya, ia pernah dibaiki sebelum ini namun tidak mampu bertahan dan kini ia memerlukan pembinaan semula secara menyeluruh.

Pada masa ini katanya, pengangkutan utama penduduk di sini ialah menggunakan jalan sungai dengan menggunakan bot atau sampan kecil. – UTUSAN

KEADAAN jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi sehingga mengakibatkan tiga pelajar SMK Ulu Sugut cedera.

3 pelajar cari akses internet kelas 'online' jatuh jambatan

Tiga pelajar yang sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Isnin lalu.

K ejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, di sini.

 


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

"Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan," katanya.

 


Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.

"Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

 


Terdahulu, tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.

 


Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.

Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

 


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.

"Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.




"Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date







Post a Comment

أحدث أقدم