Orang Ramai Di Kompleks Beli Belah Situasi Biasa Semasa Perayaan – Masidi

Komen Datuk Masidi dengan gambar-gambar viral pengunjung ramai di sebuah shopping mall semalam.

Orang Ramai Di Kompleks Beli Belah Situasi Biasa Semasa Perayaan – Masidi

Situasi kompleks membeli-belah dipenuhi orang ramai disifatkan sebagai perkara biasa yang berlaku ketika menjelang musim perayaan dan hujung tahun.

M
alah, ada ibu bapa yang mula membuat persiapan membeli peralatan persekolahan anak-anak untuk tahun hadapan.
Jeremy Renner
MASIDI MANJUN.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, gambar tular di kompleks membeli-belah semalam adalah situasi normal setiap kali menjelang musim perayaan.

Bagaimanapun, pemantauan dan penelitian yang dilakukan setakat ini mendapati, orang ramai masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial ketika menunggu giliran.

“Pelanggan juga tidak melanggar SOP ditetapkan. Untuk premis pula, mereka didapati masih mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan MySejahtera dan buku log bagi merekod kedatangan pelanggan,” katanya ketika mengulas tentang gambar tular di media sosial yang menunjukkan orang ramai sedang beratur menunggu giliran masuk di sebuah kompleks membeli-belah semalam.
Jeremy Renner
Keadaan di IMAGO tengahari tadi. Panjang barisan oh dan parking punya susah mau cari. Ramai keluar harini tapi semuanya ikuti SOP 👍.
Beliau berkata demikian semasa sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, di sini hari ini.

Masidi menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di Sabah.

Ditanya mengenai kelonggaran diberikan walau kes Covid-19 di Sabah masih tiga angka, Masidi berkata, faktor kes tinggi bukan satu-satunya faktor yang diambil kira ketika memberi kelonggaran bagi sektor tertentu.

Katanya, kerajaan negeri telah meneliti pelbagai aspek termasuk aspek ekonomi dan mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa memutuskan memberi kelonggaran.

 


“Walau kelonggaran diberi tapi kita masih di bawah PKPB. Masih ada kawalan dan syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

“Kita tidak boleh terus menutup sektor ekonomi kerana ramai yang mengalami kerugian dan sebagai kerajaan, kita kena bertanggungjawab untuk itu,” katanya.


Tambahnya, kerajaan membernarkan aktiviti tertentu dilakukan tetapi, orang ramai masih perlu mematuhi SOP ditetapkan.


Post a Comment

أحدث أقدم