MetMalaysia nafi berita tular tsunami di Sabah

Hantaran yang mendakwa kemungkinan akan berlaku tsunami di perairan negara.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menafikan berita mengenai kemungkinan berlakunya tsunami di perairan negara terutamanya di Sabah ekoran kejadian gempa bumi bermagnitud 7.5 skala Richter pada petang semalam.


Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, mesej tular itu tersebar melalui sebuah laman web yang memaparkan maklumat amaran tsunami dikeluarkan oleh agensi luar negara.

“MetMalaysia menafikan kejadian tersebut berlaku di Sabah di mana tempoh kejadian gempa bumi kuat tersebut telahpun melebihi 12 jam dan tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami hingga kini.


“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat atau video berkenaan kejadian gempa bumi atau tsunami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Post a Comment

أحدث أقدم