Pemandu teksi sapu jangkiti 44 orang cetus kluster Kota Klias-Beaufort

Kickbola.net Setakat ini terdapat 44 kes dikaitkan dengan kluster Kota Klias-Beaufort yang dicetuskan oleh pemandu teksi sapu. (Gambar AP)



KOTA KINABALU: Seorang pemandu teksi sapu menjadi punca tercetusnya kluster Kota Klias-Beaufort yang menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang dijangkiti Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata lelaki berusia 69 tahun itu telah menjangkiti saudara dan pelanggannya di beberapa lokaliti di Kota Klias, di barat daya negeri itu.

“Kluster dikesan selepas kes indeks dikesan susulan saringan RTK-Antigen ketika pemeriksaan pra-kemasukan di Hospital Beaufort pada 3 Julai,” kata Masidi dalam kenyataan kes Covid-19 harian, hari ini.

“Daripada 71 kontak rapat yang disaring, kluster menunjukkan terdapat kadar positif 60.5%, dengan jumlah 44 kes yang dikesan termasuk empat jangkitan baharu hari ini.”

Sementara itu, Masidi, yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, berkata angka tinggi jangkitan baru terus direkodkan di negeri itu dengan 370 kes dalam tempoh 24 jam.


Dia berkata beberapa daerah merekodkan peningkatan selepas saringan dilakukan oleh jabatan kesihatan, bermula di ibu negerinya dengan 113 kes, yang meningkat 61 kes berbanding semalam.


Ia diikuti dengan Tawau dengan 55 kes, masing-masing 29 kes di Penampang dan Kudat selain 23 kes, masing-masing di Kota Belud dan Sipitang.


“Selain itu, 148 kes atau 40% daripada kes hari ini membabitkan saringan kontak rapat dan 115 kes daripada saringan kluster sedia ada (di kalangan yang lain)


“Sejumlah 85 kes adalah daripada saringan banduan, dengan 49 kes daripada kluster Tembok Kota Kinabalu (penjara Kepayan) dan 36 daripada saringan membabitkan tahanan di bawah siasatan polis di Tawau dan Kota Kinabalu,” kata Masidi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.