Sabah, Labuan berdepan ancaman hujan lebat

Kickbola.net MetMalaysia berkata, kawasan-kawasan terbabit akan mengalami hujan lebat berpanjangan selama dua hari.



PETALING JAYA – Penduduk bagi beberapa kawasan di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dinasihatkan berhati hati kerana dijangka berdepan ancaman hujan lebat bermula esok dan Khamis ini.

Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan-kawasan terbabit akan mengalami hujan lebat berpanjangan selama dua hari.

Di negeri Sabah melibatkan kawasan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu).


“Selain itu, seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mengalami nasib yang sama,” katanya menerusi status yang dimuat naik MetMalaysia di laman sosial rasminya sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor berdepan ancaman ribut petir pagi ini. -K! ONLINE


Post a Comment

أحدث أقدم