11 lokaliti di Sabah bawah PKPD mulai 12 Ogos

Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein berkata, 11 lokaliti di sabah terlibat dalam pelaksanaan PKPD.



Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata sebanyak 11 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 12 Ogos ini.

Berikut adalah perincian lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD bermula 12 hingga 25 Ogos adalah seperti berikut:

3 di Lokaliti Kota Kinabalu membabitkan Kuarters Kilang J&L di Jalan Kokol, Kampung Gudon di Manggatal dan Kampung Lobou.

Kampung Menunggui, Kota Belud

Kampung Tengah, Kinarut, Papar

Kampung Petagas, Putatan

Kampung Pogunon, Penampang

Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau

Kampung Batu 1 Sipitang

Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan

Kampung Batu-Batu, Tenom.



Hishammuddin Hussein

Pelanjutan PKPD pada 12 hingga 25 Ogos

Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya di Kota Kinabalu, Sabah.

Penamatan PKPD pada 11 Ogos

5 lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Unggun, Lorong Cina 1, 2 & 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher dan Polytechnic Commercial Centre

8 lokaliti di Penampang melibatkan Country Height Fasa 1, 2 & 3 (termasuk Bangunan Kedai), Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon

4 lokaliti di Beaufort melibatkan Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna

Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan

3 lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah


Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 180 kompaun dikeluarkan dan 21 lagi direman atas kesalahan ingkar SOP semalam.

Katanya, sebanyak. 60 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Menurutnya, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala dua kenderaan kapal/bot dan dua kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng.

Post a Comment

أحدث أقدم