Yusuh (tengah) memeriksa dokumen berkaitan operasi kilang dalam Ops Patuh yang dijalankan di KKIA, Kota Kinabalu pada Isnin. |
2 pemilik, 3 pekerja kilang dikompaun gagal patuhi SOP
Dalam operasi jam 2 petang itu, polis turut mengeluarkan tiga kompaun kepada pekerja kerana gagal mengimbas kod MySejahtera menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sebanyak RM26,000.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah, Senior Asisten Komisioner, Yusuh Mat Tais berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati kedua-dua kilang ini menuruti syarat-syarat dibenarkan.
Katanya, ia termasuk beroperasi dengan kapasiti jumlah tenaga kerja dibenarkan iaitu 50 dan 60 pekerja dalam satu-satu masa.
“Bagaimanapun, pemeriksaan kod imbasan pula mendapati tiga pekerja gagal membuat imbasan kod MySejahtera.
“Bagi syarikat, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 setiap satu manakala bagi pekerja pula dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya ketika ditemui media selepas hadir dalam Op Patuh di KKIP, di sini, hari ini.
Yusuh (kiri) dan Mohd Zaidi (kanan) semasa Ops Patuh. |
Yusuh berkata, tindakan diambil mengikut Perkara 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan tempatan jangkitan) (No 4) 2021
Katanya, operasi pemantuan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan pandemik Covid-19 dapat dilandaikan.
Operasi ini turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
إرسال تعليق