2 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

Pelaksanaan PKPD bermula 4 Ogos hingga 17 Ogos di Sabah



PETALING JAYA: 2 lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Sabah bermula 4 Ogos hingga 17 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata, 2 lokaliti yang dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD bermula 4 Ogos hingga 17 Ogos di Sabah adalah seperti berikut:


2 lokaliti di Beaufort, membabitkan Kampung Selagon dan Kampung Binsulok

Lanjutan PKPD bermula 1 Ogos hingga 16 dan 17 Ogos

PKPD di Kampung Pituru Kinarut, Papar, Sabah dilanjut sehingga 17 Ogos

Penamatan PKPD pada 3 Ogos

2 lokaliti di Penampang, Sabah, melibatkan Beverly Hills Fasa 1 dan Cybercity Fasa 2

Kampung Marau, Kampung Kebawang, Sipitang, Kampung Meruntum, Putatan, Jalan Kampung Likas Simpang 3,Api-api Centre,Taman Ujana Kingfisher, Likas dan

Kampung Salut, Telipok di Kota Kinabalu, di Sabah

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, seramai 348 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 27 direman semalam.

Sementara itu Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dalam tempoh sama dengan kekuatan 18,675 anggota turut melaksanakan 74,527 pemeriksaan dan “snap check” Covid-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara.

Post a Comment

أحدث أقدم