235 kanak-kanak, 34 bayi antara yang Positif Covid-19 di Sabah, Kata Masidi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 2,578 kes baharu COVID-19 hari ini penurunan sebanyak 256 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu masih merekodkan kes tertinggi dengan jumlah sebanyak 586 kes, diikuti Tuaran 469 kes, Sandakan 249 kes, Tawau 206, dan Penampang 128 kes.

Katanya, daripada 2,578 kes baharu, sebanyak 41.3 peratus (1,064 kes) adalah kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 6.6 peratus (171 kes) antara empat hingga lima hari dan lapan peratus (207 kes) adalah kes yang didaftar lewat melebihi lima hari.

"Secara keseluruhan saringan bergejala ialah 28.8 peratus (742 kes) sementara saringan kontak rapat menyumbang 62.3 peratus (1,605 kes) dan kes daripada kluster cuma 30 orang.

"Seramai 620 pesakit adalah dalam kategori satu, 1,887 orang dalam kategori dua, 13 orang dalam kategori tiga, tujuh orang dalam kategori empat dan 25 orang dalam kategori lima, manakala 26 kes lagi masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkatra, 61 peratus (1,572 kes) daripada keseluruhan kes adalah berumur antara 18 hingga 59 tahun, seramai 509 orang berumur antara 6 hingga 17 tahun, dan 228 orang berumur lebih 60 tahun.

Menurutnya, terdapat 235 orang kanak-kanak yang berumur 1 hingga 5 tahun dan 34 bayi di bawah umur setahun.

"Daerah Papar merekodkan 117 kes, Kota Belud 111 kes, Telupid 101 kes, Keningau 84 kes, Lahad Datu 63 kes, Putatan 58 kes, Kota Marudu 52 kes, Tenom 50 kes, Tongod 48 kes, Ranau 44 kes, dan Kinabatangan 38 kes.

"Sebanyak 35 kes direkodkan di Pitas, diikuti Nabawan 28 kes, Kudat 23 kes, Beaufort 20 kes, Kalabakan 18 kes, Sipitang dan Kunak masing-masing 12 kes, Semporna 10 kes, Tambunan enam kes, dan Beluran serta Kuala Penyu masing-masing lima kes," katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم