46 kes kematian akibat Covid-19 hari ini, tertinggi di Tawau, KK, Sandakan

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Sebanyak 46 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 11 kes di Tawau, 10 kes di Kota Kinabalu, sembilan kes di Sandakan dan tiga kes masing-masing di Tuaran dan Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata selebihnya dua kes di Kinabatangan, Penampang dan Kalabakan, manakala Papar, Kudat, Putatan dan Lahad Datu masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh adalah seramai 1,722 menjadikan jumlah kumulatif 109,311 orang.

“Seramai 5,003 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,487 orang di hospital, 3,457 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 50 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 214 orang dan 75 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.


Info Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah
Sabah mencatatkan sebanyak 2,578 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 142,939 kes. - Warta Oriental

Post a Comment

أحدث أقدم