Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun |
KOTA KINABALU: Sebanyak 38 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah pada 8 Ogos 2021.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kesemua kompaun berkenaan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti gagal daftar masuk premis, gagal memakai pelitup muka, rentas negeri tanpa kebenaran, ingkar perintah dan banyak lagi.
"Selain itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan pematuhan SOP ke atas 356 premis perniagaan dan 1425 individu di 18 kawasan.
"Hasilnya, tiga kompaun dikenakan ke atas premis dengan kesalahan melebihi had jumlah pelanggan di Thai Seng Supermarket Sdn. Bhd. dan Restoran Hameed Maju 24 Jam, Aeropod.
"Selain itu, tiada pengimbas suhu di Premis Penjaja Ikan di Lorong Damai, Tai Tet. Tiga kompaun dikenakan ke atas individu dengan kesalahan individu gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran di Flypod Restaurant, Aeropod
"Selain itu, tidak memakai pelitup muka atau tidak memakai pelitup muka dengan betul di Blok H, Level 1, DBKK H-1-1, Aeropod," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, walaupun tiada ada kluster direkodkan pada 8 Ogos 2021, kes baharu yang dicatatkan Sabah adalah amat tinggi iaitu 1,379 kes.
Katanya, sebanyak lima kes kematian dilaporkan iaitu dua kes di Kota Kinabalu, dua kes di Tuaran dan satu kes di Sipitang.
إرسال تعليق