Ambil tindakan segera jika alami simptom Covid-19

Sesiapa yang mempunyai gejala Covid-19 diminta membuat saringan kendiri atau datang ke pusat kesihatan yang terdekat untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dengan kadar segera dan menjalani pengasingan diri atau kuarantin serta merta - Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Masyarakat digesa mengambil tindakan segera sekiranya mengalami simptom Covid-19.

Membuat gesaan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, berkata ini bagi mengelak jangkitan kepada orang sekeliling, termasuk ahli keluarga secara tanpa sedar.

“Sesiapa yang mempunyai gejala Covid-19 diminta membuat saringan kendiri atau datang ke pusat kesihatan yang terdekat untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dengan kadar segera dan menjalani pengasingan diri atau kuarantin serta merta,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Sejak akhir-akhir ini, katanya, banyak jangkitan baharu berlaku secara tidak disedari oleh pembawa yang tidak bergejala atau hanya bergejala ringan.

Post a Comment

أحدث أقدم