Pada hari pertama iaitu 24 Ogos merupakan perasmian sidang penggal kedua DUN Sabah Ke-16 yang akan dilaksanakan sendiri oleh Tun Juhar. - Bernama. |
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan bersidang dalam tempoh tiga hari bermula 24 hingga 26 Ogos ini.
Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, pembukaan persidangan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Menurutnya, pada hari pertama iaitu 24 Ogos merupakan perasmian sidang penggal kedua DUN Sabah Ke-16 yang akan dilaksanakan sendiri oleh Tun Juhar.
"Selepas itu ialah perbahasan pada 25 Ogos dan penggulungan pada keesokan harinya," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Kadzim menambah, pembukaan sidang DUN itu juga setelah mendapat nasihat dan memohon daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya |
"Untuk sidang kali ini, dia masih tertutup pada orang ramai. Hanya dibenarkan hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua ketua jabatan sahaja.
"Malah hanya media rasmi sahaja dibenarkan manakala media lain boleh mengikuti persidangan dari Bilik Media Khas atau secara dalam talian," katanya.
إرسال تعليق