PKPD 4 lokaliti di Sabah mulai 5 Ogos

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





PETALING JAYA: Sebanyak 4 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 5 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 5 hingga 18 Ogos adalah seperti berikut:

Kampung Banjar, Keningau
Kem 3 Sibulu, Tenom
Penampang Baru, Penampang
Depot Tahanan Imigresen Tawau

Penamatan PKPD pada 3 dan 4 Ogos

Kampung Guruh-Guruh, Sipitang

4 lokaliti di Kota Kinabalu, iaitu Kilang Papan Lusera Telipok, Kg Mogiding Malawa & Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan Universiti Utama Kondominium Fasa 2

2 lokaliti di Sandakan, iaitu di Kampung Air dan Kampung Bokara Kampung Sri Menanti, Tawau

4 perkampungan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, iaitu di Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya


Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 215 kompaun dikeluarkan atas kesalahan ingkar SOP.

Katanya, 60 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Tambahnya, seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم