Kakitangan Jabatan Veterinar maut dalam kemalangan KM15 Jalan Lahad Datu-Tawau

BERTEMBUNG: Keadaan kedua-dua kenderaan terbabit selepas bertembung dalam kemalangan tersebut.

Lelaki maut, 2 kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van di Kilometer 15 Jalan Lahad Datu-Tawau, di sini pagi tadi.

Mangsa, Yusmin Yusof, 37, kakitangan Jabatan Veterinar di Sabahan Kunak yang memandu sebuah motokar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad dalam kenyataan medianya berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi.

BERTEMBUNG: Keadaan kedua-dua kenderaan terbabit selepas bertembung dalam kemalangan tersebut.
“Siasatan awal di tempat kejadaian mendapati mangsa dari arah Lahad Datu, manakala van berkenaan pula dari arah Tawau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa yang melalui selekoh tajam dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan van tersebut.


Beliau berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tesepit di kenderaannya dan mengalami kecederaan parah manakala pemandu bersama tiga penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaannya, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan semasa diberikan rawatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu dan penumpang van berkenaan turut dibawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

SEORANG lelaki maut dalam pertembungan dua buah kenderaan di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu hari ini. - IHSAN BOMBA
Menurut Rohan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Pihak polis memohon saksi kejadian untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik di talian 089-881255,” katanya.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.01 pagi.

“Seramai lapan pegawai dan anggota bersama tiga jentera logistik bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja menyelamat.


“Pasukan bomba bertindak menyelamat dan merawat mangsa sebelum operasi berjaya ditamatkan pada jam 10.39 pagi,” katanya. - Utusan Borneo

Post a Comment

أحدث أقدم