Rumah Kontena Balai Polis Cenderawasih Lahad Datu terbakar

ROSAK: Keadaan di dalam rumah kontena tersebut yang rosak akibat terbakar.

LAHAD DATU: Sebuah rumah jenis kontena milik Balai Polis Cenderawasih hampir musnah selepas terbakar tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Samsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.20 tengah malam.


“Seramai dua anggota diarahkan untuk meninjau ke lokasi kejadian kerana pihak kami difahamkan kebakaran sudah berjaya dikawal oleh anggota polis.

ROSAK: Keadaan di dalam rumah kontena tersebut yang rosak akibat terbakar.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah sebuah kabin tempat tinggal anggota polis telah terbakar 50 peratus di bahagian dalam,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, pasukannya hanya membuat pemeriksaan bagi memastikan api telah padam sepenuhnya dan lokasi kebakaran dalam keadaan selamat.


“Tiada kecederaan mangsa dilaporkan dan operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 2.15 pagi, manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. - Utusan Borneo

Post a Comment

أحدث أقدم