Kes Sporadik COVID-19 Banyak Dikesan Di Bandar

KOTA KINABALU: Sabah kembali mencatatkan kes empat angka dengan 1,062 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan .



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kes sporadik di Sabah semakin meningkat dan kebanyakan kes sporadik dikesan di kawasan bandar.

Kes yang tidak diketahui punca jangkitan ini kebanyakannya dikesan di Kota Kinabalu, Tawau, Penampang, Tuaran dan Sandakan.

Daripada 251 kes sporadik yang dikesan hari ini, 83 kes dikesan di Kota Kinabalu, Tawau 37, Penampang 27 Sandakan 19 kes dan Tuaran 27.

Melihat kepada perkembangan ini, terdapat keperluan untuk meningkatkan pemberian vaksin kpd semua penduduk dengan kadar yg segera.

Menurutnya, secara keseluruhan daripada 1,062 kes positif yang dilaporkan, Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi dengan 239 kes baharu, diikuti dengan Tawau 137, Tuaran 114, Penampang 106, Tongod 65 dan Sandakan 62 kes.




Berdasarkan kes hari ini, kontak rapat terus menjadi penyumbang utama iaitu 569 kes atau hampir 54 peratus manakala, kes daripada kluster sedia ada sebanyak 123 kes, saringan bersasar di lokaliti-lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merekodkan 65 kes baharu.


Tambahnya, seramai 967 orang atau 91 peratus daripada 1,062 kes positif yang dilaporkan berada dalam kategori 1 iaitu tidak bergejala dan kategori 2 yang bergejala ringan.


Mengenai perkembangan vaksinasi, Masidi berkata, 60 peratus penduduk Sabah dijangka menerima vaksin lengkap menjelang 21 September ini.


Jika dilihat kelmarin, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah menyuntik 46,840 dos vaksin.


Setakat semalam, sebanyak 967,555 dos pertama vaksin diberikan dan 415,638 dos kedua dan secara keseluruhan sebanyak 1.38 juta dos telah diberikan di Sabah.

“Seperti yg dinyatakan lebih awal JKNS ada keupayaan untuk memberi vaksin sehingga 60,000 dos sehari dengan syarat bekalan vaksin yang diperlukan tersedia dan tidak ada gangguan kepada jadual penghantaran ke Sabah.

“Dengan andaian bekalan vaksin mencukupi dan dihantar mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang,” katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم