Lelaki yang mempunyai tato di tangan mencurigakan ditahan anggota dari Batalion 15 PGA Sandakan. FOTO Ihsan PGA |
Lelaki Filipina ditahan miliki 31 peket syabu
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Filipina ditahan bersama puluhan paket dadah dalam operasi di sebuah ladang sawit di Tongod, Kinabatangan, semalam.
Operasi jam 3.30 pagi itu yang diarah Pegawai Pemerintah Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan Superintendan Abd Halim Ahmad itu menemui 31 paket plastik berisi dadah jenis syabu.
Komander Briged PGA Sabah Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, operasi itu dijalankan atas maklumat awam sebelum anggotanya membuat pemantauan di sebuah pondok di ladang berkenaan.
Katanya, suspek yang berusia 42 tahun kemudian muncul di kawasan berkenaan dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan, suspek didapati memiliki tatu di tangan berbentuk huruf AD yang belum diketahui identiti sebenar huruf berkenaan.
Seorang lelaki warga Filipina ditahan bersama 31 paket syabu dalam operasi di sebuah ladang sawit di kawasan Tongod, Kinabatangan semalam. |
Mohd Abduh berkata, pemeriksaan pada badan suspek menemui tangkal tali pinggang berwarna hitam dan berbuah kelongsong peluru yang dikatakan digunakan sebagai alat kebal diri.
Katanya, suspek memiliki pasport tamat tempoh sehingga 20 Oktober 2016.
"Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (A) (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960," katanya.
إرسال تعليق