Masa untuk bangunkan Sabah dengan ‘strategi baharu’, kata Bung

Bung Moktar Radin (kanan) berkata, Umno perlu berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan menyusun strategi baharu. (Gambar Bernama)



KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin mengulangi komitmen partinya untuk menjaga keutuhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), walaupun Umno kembali menerajui kerajaan persekutuan.

Bung, yang juga timbalan ketua menteri, berkata tiba masanya untuk membangunkan Sabah dengan “strategi baharu”.

“Umno Sabah berjanji memberikan sokongan penuh, (tetapi) kita perlu duduk dan berbincang dengan Ketua Menteri (Hajiji Noor) untuk mengatur strategi baharu bagi pembangunan di Sabah,” katanya kepada FMT ketika ditanya apakah partinya akan terus mempertahankan Hajiji, yang merupakan ketua Bersatu negeri, untuk kekal sebagai ketua menteri.

Mengenai dakwaan Umno Sabah akan melakukan gerakan serupa seperti rakan gabungan persekutuannya yang membangkitkan isu status quo, beliau berkata: “Bagi saya, komen-komen itu terlalu awal untuk dibincangkan.

“Ini kerana Umno Sabah dengan jelas memberikan komitmen kami akan mempertahankan GRS dengan apa cara sekalipun.


Bung Moktar Radin (kanan) berkata, Umno perlu berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan menyusun strategi baharu.
“GRS adalah platform yang baik dan perlu dipertahankan. Umno Sabah sentiasa menghormati mandat rakyat dan kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak di bawah GRS.”

Penganalisis politik sebelum ini berkata, Umno Sabah mungkin mengintai kerusi ketua menteri, jika parti itu menggantikan Bersatu sebagai kuasa utama di peringkat persekutuan, walaupun jaminan berulang kali dari Bung yang partinya akan kekal bersama GRS.

Sementara itu, ketika mengucapkan tahniah kepada Ismail, Bung berkata, fakta bahawa Umno akan kembali berkuasa di Putrajaya disebabkan usaha kepimpinan parti itu, terutama Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami telah berusaha dan berserah kepada Allah, dan akhirnya, Allah mengabulkan doa kami.

“Tetapi, saya mendesak supaya kekuatan ini digunakan untuk menyatukan rakyat Malaysia, di samping membangunkan negara dan menangani isu-isu yang disebabkan Covid-19,” katanya.

Bung berkata, Ismail juga memahami isu membelenggu Sabah yang memerlukan banyak bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Post a Comment

أحدث أقدم