Pencuri Gaharu Ditumpaskan oleh Pasukan OBK Sabah

Picture
Operasi diterajui Tiger Platoon PGA dan disertai oleh Jabatan Perhutanan , Jabatan Hidupan Liar dan DAMAI di Sektor E .1 meliputi kawasan Luasong, Maliau dan Imbak Canyon, telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan dalam miliknya kayu spesies gaharu sebanyak 0.75 kilogram dipercayai diambil daripada kawasan hutan simpan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



TAWAU: Rabu, 25 Ogos 2021 pada hari ke-19 Pasukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) berlangsung, Ketua Konservator Hutan En. Frederick Kugan maklumkan bahawa pasukan operasi diterajui Tiger Platoon PGA dan disertai oleh Jabatan Perhutanan , Jabatan Hidupan Liar dan DAMAI di Sektor E .1 meliputi kawasan Luasong, Maliau dan Imbak Canyon, telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan dalam miliknya kayu spesies gaharu sebanyak 0.75 kilogram dipercayai diambil daripada kawasan hutan simpan.

Picture
Ketua Konservator Hutan En. Frederick Kugan

Pasukan OBK turut dirampas seekor anak pelanduk yang masih hidup, pelbagai spesies ikan air tawar bersama peralatan dan peluru hidup.

Suspek telah dibawa ke Balai Polis Keningau untuk dilokap untuk membolehkan siasatan lanjut Jabatan Perhutanan, Jabatan Hidupan Liar dan Polis.

Beliau merakamkan tahniah kepada pasukan operasi atas kejayaan besar kes gaharu di Sabah pada tahun ini. Kayu Gaharu adalah spesies yang dilindungi dan spesies terancam di negeri Sabah.


Gambar milik JABATAN HUTAN SABAH
Berdasarkan rekod siasatan, pencuri gaharu ini didalangi oleh warga asing rentas negara dan terdapat penglibatan orang tempatan yang bertindak sebagai pembekal makanan dan agen pemasaran.


Pergerakan pencuri gaharu ini agak sukar dikesan kerana mereka masuk berjalan kaki jauh ke dalam hutan.

Melalui Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan ini ketika ini, kita berharap kegiatan pencuri gaharu ini dapat ditangani dan dilumpuhkan.


Pencuri akan didakwa dengan hukuman yang berat dibawah Enakmen Hutan dan Akta CITES.

Frederick Kugan memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat kegiatan mencuri gaharu ini agar segera melaporkan kepada Jabatan Perhutanan supaya tindakan yang pantas dapat diambil.

Gaharu bukan saja mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi lebih dari itu nilai konservasi juga sangatlah tinggi.


Jika tiada langkah-langkah drastik diambil spesies ini sangat berpotensi untuk pupus.

Beliau sangat menghargai usaha Komander Briged Sabah atas inisiatif yang telah dijalankan dan berharap OBK ini dilanjutkan secara berkala.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم