WARISAN kekal tidak menyokong kerajaan PN

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal



TAWAU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) tetap berpendirian dengan prinsip tidak akan menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata pendirian itu dibuat bersama tujuh lagi Ahli Parlimen WARISAN yang lain.

“Kami sebulat suara menggesa agar Perdana Menteri serta Jemaah Menteri kerajaan yang ada perlu meletakkan jawatan dengan segera.

“Kami juga menyangkal laporan yang menyatakan kononnya WARISAN dalam senyap menyokong kerajaan PN dan itu merupakan satu fitnah tidak berasas serta berniat jahat,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini.

Terdahulu, pendirian itu turut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Anak Kujat, Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.


MOHD SHAFIE
Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, mereka turut menekankan agar satu persidangan Parlimen khusus untuk menentukan kedudukan majoriti Tan Sri Mahiaddin Yassin dapat diadakan segera dan tidak perlu tunggu sehingga bulan September.

“Sidang bagi membentangkan usul percaya terhadap Perdana Menteri tersebut mesti diadakan bagi membuktikan keabsahan dan juga keraguan yang timbul terhadap Kerajaan PN,” katanya.

Mohd Shafie berkata, usul percaya tersebut seharusnya dijadikan keutamaan dalam sidang parlimen bagi mencapai penyelesaian segera kemelut politik yang melanda negara pada hari ini,” katanya.

“Isu ini tidak boleh dicampur aduk dengan sebarang urusan mesyuarat yang lain termasuklah Rancangan Malaysia ke-12 dan Belanjawan 2022 yang dijadualkan pada September dan November akan datang,” katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم