‘Air di Kota Belud naik sehingga ke paras leher’

http://beritaup2date.blogspot.com/ Keadaan banjir di Kampung Siasai, Kota Belud semalam.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kota Belud teruk terjejas banjir

KOTA BELUD – Hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan kira-kira 150 buah rumah di Kampung Siasai di sini terjejas dan ditenggelami air sehingga ke paras leher memaksa ramai penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Kejadian banjir kali kelima yang berlaku di kampung itu sepanjang tahun ini dikatakan berpunca daripada paras air dari Sungai Kadamaian dan Sungai Tambulion yang melimpah.


Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Siasai, Riduan Mohd. Yassin berkata, kawasan tebing sungai yang belum ditinggikan dan terhakis juga merupakan antara penyebab berlakunya limpahan air sungai ke kawasan rendah.

Katanya, kampung tersebut yang terkenal sebagai lokasi pembuatan parang mempunyai seramai 1,337 orang penduduk.

“Semua penduduk yang terjejas telah dipindahkan dan ada yang menumpang di rumah saudara buat sementara waktu.


“Ini merupakan antara kejadian banjir terburuk yang pernah berlaku di kampung ini selain kejadian pada awal tahun 2020,” katanya. – K!ONLINE

‘Air naik sehingga ke paras leher’

Seramai 88 orang membabitkan 26 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Belud setakat jam 10 pagi ini.
Picture
Situasi banjir di beberapa lokasi sekitar daerah Kota Belud setakat pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 22 orang daripada sembilan keluarga setakat jam 5 petang semalam.

“22 mangsa daripada sembilan keluarga kini berada di PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol manakala 30 mangsa daripada lapan keluarga pula berada di PPS Dewan SRJK Chung Hwa.

“Selain itu, 36 orang lagi penduduk daripada sembilan keluarga berada di PPS Dewan SK Tamau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri turut menyatakan hujan lebat yang berterusan mengakibatkan air di 3 sungai utama di daerah berkenaan naik mendadak sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.


Menurutnya, sebanyak 40 kampung di Kota Belud dinaiki air setakat ini dan sebanyak 10 jalan turut terjejas namun masih boleh dilalui.

“Antara jalan berkenaan termasuklah Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu, Jalan Lebak Moyoh Bypass Kudat, Bulatan Lebak Moyoh, Jalan Kudat Kampung Timbang dan Kampung Tambilaung.

“Jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Kampung Menunggui, Jalan Kampung Linau, Jalan Kampung Kota Belud, Jalan Kampung Sembirai dan Jalan Labuan,” katanya.-K! ONLINE

SOURCE: Kosmo!

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم