KUALA LUMPUR 14 September 2021. Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation, Datuk Hishamuddin Hashim mengadakan sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan Filipina. WMY/Supian Ahmad
MHO kemuka 5 tuntutan, desak kerajaan selesai isu tahanan Imigresen di Sabah
PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Sabah mengemukakan memorandum bantahan secara aman kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor ekoran proses pengeluaran dokumen perjalanan yang lambat diproses dan mengakibatkan banyak warga Filipina di Depoh Tahanan Imigresen Sabah tidak dapat dihantar pulang segera.
PENGERUSI Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Mohd. Yusuf Azmi menyerahkan memorandum tuntutan dan desakan kepada Sharulmizan Rahmat di KDN, Putrajaya. - UTUSAN/SUBKHI SUDARJI
“Dengan prinsip kemanusiaan, MHO menghantar memorandum bagi menyatakan bantahan dan permintaan kepada Kerajaan Negeri Sabah supaya memberi pertimbangan kepada mereka yang ditahan di depoh tersebut akibat status pas pengenalan diri mereka kepada golongan stateless serta pemegang pas pelarian yang diiktiraf kerajaan negeri sebelum ini.
“Banyak daripada mereka didaftarkan lewat sijil kelahiran dan masih berstatus dalam siasatan atau permohonan semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah. Namun kerana maklum balas dan juga pengesahan dokumen tersebut seringkali lambat diterima menyebabkan mereka juga terpaksa berada dalam tempoh yang lama di depoh tahanan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hishamuddin, perkara yang sama juga berlaku kepada pemegang pas pelarian dan dokumen banci yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sendiri lambat dibuat pengesahan menyebabkan mereka juga menerima nasib sama.
Antara gambar tahanan yang dipercayai masih dalam depoh tahan di Sabah. WMY/Supian Ahmad
Justeru, kata beliau, pihaknya samgat kesal dan berpendapat tidak seharusnya berlaku hanya untuk mendapatkan maklum balas pengesahan dokumen apatah lagi membabitkan isu kemanusiaan yang berada di dalam depoh.
“Menurut kajian lapangan, terdapat ramai wanita mengandung ketika ditahan dan akhirnya beranak di dalam depoh. Akhirnya tinggal bersama bayi yang lahir hidup di depoh tahanan bertahun-tahun. Bayangkan bagaimana bayi dan kanak-kanak tersebut menjalani hidup di dalam depoh tanpa bekalan susu dan makanan yang bersesuaian.
“Terdapat juga wanita warga emas yang terpisah dengan suami dan anak-anak hanya kerana menunggu status pengesahan dokumen mereka. Malah saban hari kami menerima berita sejak musim pandemik ini kematian bayi dan orang dewasa berlaku di dalam sana,” jelas beliau.
Oleh itu, kata beliau lagi, MHO merayu atas perikemanusiaan kepada Kerajaan Negeri Sabah agar membebaskan mereka segera supaya boleh kembali menjalani kehidupan bersama keluarga mereka.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat Ketua Menteri Sabah yang telah sudi menerima dengan baik kehadiran wakil kami sekali gus menerima memorandum ini yang disampaikan melalui Pegawai Pejabat Ketua Menteri Sabah, Lo Su Fui pada baru-baru ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE
SOURCE: UTUSAN ONLINE
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق