Dadah RM404,375.00 disembunyi di dalam kotak ikan sejuk beku di MasKargo

JKDM Sabah rampas dadah bernilai lebih RM400,000

8.668 kg dadah bernilai RM404,375.00 dijumpai dalam kotak ikan sejuk beku di LTAKK, seorang ditahan

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah sentiasa komited dalam menangani sebarang aktiviti melibatkan penyeludupan dadah.

Abdullah Jaapar
Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah, Dato’ Abdullah Jaapar berkata, baru-baru ini, satu kes berkaitan bahan terlarang dadah berjaya diperolehi oleh Pasukan Cawangan Penguatkuasaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di mana dengan anggaran jumlah dadah ditangkap sebanyak 8.668 kg yang bernilai lebih kurang RM404,375.00.


Beliau menjelaskan, pada 29 Ogos 2021, jam lebih kurang 7:00 pagi, anggota Keselamatan dari MasKargo mendapati terdapat hasil imej imbasan yang mencurigakan ke atas 16 kotak polisterin yang diisi dengan ikan sejuk beku (chilled seafood) di mana imej imbasan menunjukkan terdapat satu imej lapisan di bawah ikan tersebut.

“Kes dimaklumkan kepada pihak Kastam iaitu Cawangan Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan kemudian diserahkan kepada Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK.

“Hasil pemeriksaan lanjut Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK mendapati 16 bungkusan plastik lutsinar ditemui berisi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis Ketamine dengan anggaran berat dan nilai sebanyak 5.431 kg dan RM287,843.00, manakala dadah jenis Methamphetamie dianggarkan seberat 3.237 kg dengan nilai anggaran sebanyak RM116,532.00.

“Seorang lelaki warganegara tempatan berumur 32 tahun ditahan berhubung kes ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurut beliau, modus operandi kes ini adalah dengan mengisi bahan yang disyaki bahan terlarang dadah jenis Ketamine dan Methamphetamine ke dalam plastic lutsinar sebelum disembunyikan ke dalam ruangan tersembunyi di bahagian dalam kotak polisterin ikan sejuk beku.

“Kaedah ini dipercayai digunakan dengan tujuan untuk mengaburi mata pihak penguatkuasaan,” katanya, sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Abdullah turut mendedahkan sejak awal Januari 2021 sehingga kini, JKDM Sabah telah berjaya memperoleh dadah jenis Methamphetamine seberat 235.358 kg dan dianggarkan bernilai RM8.47 juta, dadah jenis Ketamine seberat 5.431 kg dengan nilai anggaran sebanyak RM287,843.00, ganja seberat 1.022 kg dengan nilai anggaran sebanyak RM2,555.00 dan ketum seberat 3.400 dengan nilai RM34.00.

Sehingga kini, katanya, seramai enam orang yang disyaki (OYDS) ditahan dan dua orang kena tuduh (OKT) dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.


Katanya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identitI setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.