Lelaki rebah sebelum meninggal dunia di sebuah restoran di Taman Cantek, Lido

http://beritaup2date.blogspot.com/ Mangsa di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki secara tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri di salah sebuah restoran di Taman Cantek, Lido, di sini pagi semalam.


Keadaan itu menyebabkan pengunjung serta orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian panik sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

http://beritaup2date.blogspot.com/PERIKSA: Pasukan perubatan semasa memeriksa mangsa di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian jam 8.49 pagi itu membabitkan mangsa berumur 42 tahun untuk bersarapan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa akan ke Taman Cantek berjalan kaki setiap pagi untuk bersarapan.

“Semasa kejadian, pekerja yang melihat kejadian itu segera memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa.


“Pihak perubatan yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mohd Zaidi berkata hasil siasatan awal di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan temubual dengan keluarga mangsa mendedahkan mangsa mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR),” katanya.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

أحدث أقدم