Rusuhan di DTI Manggatal: 21 warga Filipina ditangkap
Kota Kinabalu: Seramai 21 penghuni Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu yang terbabit dalam rusuhan semalam, ditahan reman polis untuk siasatan lanjut.Mereka yang ditahan adalah 14 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 19 hingga 51 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Mohd Zaidi sedang berunding dengan tahahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu. FOTO IHSAN PDRM |
Katanya, depoh tahanan berkenaan masih dalam kawalan pihaknya untuk tempoh beberapa hari sehingga keadaan dipastikan terkawal.
Dalam kejadian 6.30 pagi semalam, sekumpulan penghuni DTI Kota Kinabalu dipercayai warga Filipina merusuh hingga memecahkan kunci pintu lokap, dikatakan kerana tidak berpuas hati proses penghantaran pulang ke negara asal ditangguhkan.
Polis hadir selepas dimaklumkan mengenai rusuhan itu dan mengawal keselamatan, yang membabitkan anggota Unit Tempur Ringan (LSF); Bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas IPD Kota Kinabalu selain Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU), Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah.
Tiada penghuni yang berjaya meloloskan diri dan keadaan kembali aman selepas semua tahanan diperjelaskan mengenai penangguhan program penghantaran pulang.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
إرسال تعليق