Kelibat buaya atas Jalan kejutkan penduduk kampung di Papar |
Penduduk di salah sebuah kampung di Papar, Sabah heboh selepas seekor buaya dilihat berada di atas jalan, malam semalam.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 11.30 malam di Kampung Ngapas dan sempat dirakam oleh seorang lelaki.
Rakaman pendek berdurasi 15 saat itu sempat beredar di media sosial, menunjukkan seekor buaya sepanjang kira-kira tiga meter berkeliaran di atas jalan, sambil ‘diekori’ perakam dari dalam kereta.
Bah kg Rampazan Papar kalau banjir sana jaga² kamu. Basar tu buaya. Eeeeii selalu pancing sana sungai antara kinarut dan Papar.. waist deep lagi tu.. 😬😬😬 pic.twitter.com/KjIUIGNcnK
— King Katak 🏴🏴 #RakyatJagaRakyat (@king_katak) September 16, 2021
Salah seorang saksi yang dikenali sebagai Richard L memberitahu Sinar, dia terserempak dengan seorang lelaki lain ketika memeriksa keadaan sungai kerana khuatir dengan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.
BUAYA yang dilihat bergerak di atas jalan di Kampung Nagapas, Papar. |
Awalnya Richard fikir kereta Perodua Kancil yang dinaiki lelaki tersebut rosak. Namun lelaki berkenaan memaklumkan yang dia terlihat seekor buaya kira-kira 50 meter dari tempat mereka berdiri.
Lalu mereka bertindak memeriksa lokasi tersebut dan melihat kelibat buaya yang dimaksudkan. Sosok buaya berkeliaran itu sempat dirakam oleh lelaki yang ditemuinya.
“Saya terkejut apabila melihat buaya berkenaan benar-benar ada di atas jalan dan sempat merakam menggunakan telefon pintar pemilik kenderaan itu.
“Ini kali pertama saya melihat buaya berkenaan.
“Tujuan saya tularkan perkara itu adalah sebagai peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati,” jelas Richard ketika dihubungi Sinar.
Katanya memetik laporan Sinar, penduduk kampung sering turun ke sungai untuk merambat ikan. Namun tiada siapa yang pernah bercerita tentang penemuan reptilia itu.
Kerana khuatir, Richard melaporkan kehadiran haiwan tersebut kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk mendapat bantuan menangkap reptilia berbahaya itu.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment