TERSEPIT: Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya akibat dari kemalangan terbabit.
Pemandu Maut Tersepit Dalam Kenderaan Dalam Kemalangan Di Sandakan
SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam kemalangan di Batu 11 Jalan Seguntur di sini hari ini.Kejadian terbabit dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 pagi yang mengakibatkan kenderaan mangsa terjunam ke dalam parit di lokasi berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung ketika dihubungi Utusan Borneo berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.
PASUKAN bomba mengeluarkan mayat mangsa.
Katanya, mangsa yang berumur sekitar 40-an itu didapati tersepit di dalam kenderaannya.
"Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, selepas pemeriksaan di kawasan sekitar kejadian terbabit dipastikan selamat, pasukan bomba kemudiannya menamatkan operasi pada jam 9.19 pagi.
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق