Noki demam denggi, platelet darah turun
PENYANYI rap yang juga ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki dimasukkan ke Hospital Shah Alam sekitar kira-kira pukul 4 pagi, Rabu selepas mengalami demam yang teruk.Mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji berkata, dia disahkan mengalami demam denggi tahap berbahaya.
Noki memuat naik sekeping foto sedang terbaring atas katil menerusi perkongsian dalam IG. - Foto IG Noki
Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini, keadaan kesihatannya kini semakin teruk sehingga menganggu hati dan jantung.
"Sekarang keadaan saya agak teruk juga sebab kepala tengah pening dan tak berhenti muntah. Pukul 4 pagi tadi saya dimasukkan ke wad.Keadaan saya sekarang demam denggi tahap berbahaya.
NOKI
PENYANYI RAP
"Badan saya mula tak sihat sejak Jumaat lalu tapi lama-kelamaan keadaan semakin teruk dan ambil keputusan untuk pergi ke hospital.
Noki mengadu tidak sihat, malah drama Oh My Hantaran terpaksa dihentikan apabila keadaannya lemah dan pucat. - Foto IG Noki
"Saya mengalami demam denggi tahap berbahaya sehingga menganggu hati dan jantung saya," kata Noki kepada mStar.
Terdahulu menerusi Instagram Noki berkongsi foto dia sedang terlantar sakit di sebuah hospital dan berharap orang ramai mendoakan kesembuhannya.
Noki berharap semua orang mendoakan keadaannya.
Noki turut memberitahu suhu badannya naik sehingga 39 darjah celsius dan bacaan platelet darah pula mencatatkan penurunan daripada bacaan normal.
"Keadaan saya sekarang demam denggi tahap berbahaya. Doakan kesihatan saya. Semoga Allah lindungi kita semua daripada segala penyakit," katanya.
Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mendoakan agar penyanyi lagu Gila itu diberikan kesembuhan cepat.
SOURCE: mstar
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق