Suspek aktif lakukan aktiviti pecah rumah berjaya ditahan bersama barang kes

Picture
SUSPEK: Suspek pecah rumah berjaya ditahan bersama barang kes.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan aktiviti pecah rumah di Kampung Haji Matahir, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata lelaki terbabit dipercayai baharu sahaja memecah masuk sebuah rumah di Merotai.

“Sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai digerakkan untuk menjalankan operasi untuk menyiasat selepas menerima laporan.

“Semasa operasi dilakukan, polis mengesan sebuah kenderaan berwarna putih dalam keadaan mencurigakan dipercayai dipandu suspek,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Katanya, suspek yang panik dengan kehadiran polis cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas berlaku sedikit pergelutan.


“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan, polis menemukan dua beg berisi barang kemas dipercayai hasil kegiatan pecah rumah,” katanya.

Peter berkata, siasatan lanjut mendapati suspek turut terlibat dengan empat kes pecah rumah sebelum ini,” katanya.

“Dengan tertangkapnya suspek terbabit, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah dan kedai disekitar daerah ini.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Suspek juga memiliki rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 448 Kanun Keseksaan melakukan pencerobohan dan Seksyen 457 akta sama,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.