Lahad Datu: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya parah apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Kilometer 20 Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini, semalam.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Saga.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kemalangan berlaku jam 10.10 malam ketika pemandu Proton Saga dari arah Sandakan ke Lahad Datu manakala bas ekspres dinaiki 27 penumpang dari arah Semporna ke Kota Kinabalu.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Saga.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Saga dipercayai memotong kenderaan lain di selekoh dan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan Proton Saga.
Kemalangan membabitkan Proton Saga dengan bas ekspres di Kilometer 20 Jalan Lahad Datu – Sandakan.
“Bagaimanapun pemandu berusia 26 tahun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia jam 1.40 petang tadi manakala penumpang lelaki berusia 50 tahun parah dan masih menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Rohan Shah berkata, pemandu bas ekspres berusia 48 tahun dan semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kemalangan membabitkan Proton Saga dengan bas ekspres di Kilometer 20 Jalan Lahad Datu – Sandakan.
“Siasatan polis ditempat kejadian mendapati kedua-dua kenderaan terbabit mengalami kerosakan yang teruk di bahagian hadapan
“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian pemandu Proton Saga yang memotong di garisan berkembar dan berada di kawasan selekoh.
“Bagaimanapun siastaan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
-Deasoka
SOURCE: Deasoka
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment