Dua individu cedera dalam kemalangan bas ekspres, lori di Jalan Tamparuli – Ranau

KEMALANGAN: Keadaan bahagian hadapan bas ekspres selepas kemalangan di Jalan Tamparuli – Ranau.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Dua individu cedera dalam kemalangan bas ekspres, lori

KOTA KINABALU: Dua individu mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan lori membawa muatan kayu di Jalan Tamparuli – Ranau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata kedua-dua individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu ialah penumpang bas ekspres terbabit.

Katanya sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 pagi.

“Kemalangan membabitkan bas ekspres yang bergerak dari arah Semporna ke Kota Kinabalu membawa 31 penumpang dengan sebuah lori muatan kayu.

“Terdapat dua mangsa lelaki berumur 29 dan 31 tahun yang juga penumpang bas ekspres mengalami kecederaan akibat pelanggaran berkenaan,” katanyaz

Beliau berkata mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 6 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم