MH370

Terkini
.

BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Sabah!

El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 4 petang tadi.

Beliau disambut pengendali merangkap Pengurus Pasukan Sabah, George O' Callaghan.
El Hadji Diouf tiba hari ini sertai skuad Sabah. BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf

Bekas pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi untuk menyertai skuad Liga Perdana Sabah bagi menghadapi musim 2015.


Ketibaan pemain berusia 33 tahun itu disambut oleh Pengarah Teknikal Sabah, George O' Callaghan sebelum dibawa meninjau sesi latihan skuad bergelar Sabah Rhino itu.

Difahamkan, Diouf yang juga bekas pemain kebangsaan Senegal akan menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam masa terdekat.


Selain Diouf, Sabah juga sedang berusaha mendapatkan khidmat bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan selain bakal menguji pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos.












BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Sabah! Reviewed by admin Ucop on 2:54 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.