Cinta berbeza agama, Marsha serah pada takdir - Penyanyi, Marsha Milan Londoh. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Marsha Milan Londoh serah pada takdir Cinta berlainan agama
Di saat Marsha tumpang gembira dengan berita pertunangan baru-baru ini dan pernikahan teman baiknya, Sharifah Sakinah, Mac tahun depan, kecoh seketika cerita beliau sendiri dikatakan akan mengikuti jejak sama.
Bertebaran cerita penyanyi dan pelakon kelahiran Tamparuli, Sabah itu akan berkahwin tahun depan.Menariknya rentetan itu, Marsha atau Marsha Milan Londoh juga sudah mula terbuka mengenai sisi peribadinya yang sedang menjalinkan cinta dengan lelaki Melayu.
Ironinya, Marsha dengan jejaka Melayu memang tak dapat dipisahkan.
Sebelum ini, siri kisah peribadi yang pernah menghimpitnya turut mengaitkan beliau dengan lelaki Melayu.
"Ya, saya memang sedang mengenali hati budi seseorang dan dia lelaki Melayu. Hubungan kami sudah berlarutan setahun," katanya.
Bagaimana pula kisah nak berkahwin?
"Semua orang di muka bumi ini mengimpikan untuk hidup bahagia dengan pasangan masing-masing."Saya tak terkecuali dan ada menyimpan hasrat yang sama. Tambahan pula tahun depan usia saya akan menginjak 30 tahun.
"Cuma buat masa ini, saya hanya serahkan pada takdir. Saya hanya merancang, selebihnya biarlah waktu berjalan mengikut keadaan. Apapun saya berharap supaya peminat juga turut mendoakan kebahagiaan saya. Itu yang lebih penting," katanya.
Ditanya penerimaan keluarganya kerana jelas ada berbeza agama, Marsha menjawab: "Yang itu, biarlah takdir dan waktu yang tepat menentukannya."
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment