DBKK umum pembatalan Konsert ambang tahun baharu 2015 di Kota Kinabalu


Konsert ambang tahun baharu di Kota Kinabalu dibatalkan. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memaklumkan bahawa Konsert Sambutan Tahun Baharu 2015 yang dijadualkan pada 31 Disember ini di Lintasan Deasoka, di sini, dibatalkan.

Turut dibatalkan adalah gerai bagi karnival bazar, namun beberapa acara lain masih diteruskan di Lintasan Deasoka iaitu 'KK City Healthy Fun Ride' pada 30 Disember 2014, jam 2 hingga 5 petang dan Majlis Pelancaran 'My Buskers Corner' pada 31 Disember 2014 bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Dalam pada itu, pameran anti dadah, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran Sudut 'Waste to Wealth' dan kaunter perkhidmatan tempat letak kereta juga dibuka kepada orang ramai pada 31 Disember dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pameran 'Buskers' akan berlangsung pada 31 Disember dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Manakala, aktiviti 'booth' promosi dan 'Funland' dan '6D Cinema' akan diadakan pada 30 dan 31 Disember.



Pengguna jalan raya juga dimaklumkan bahawa Jalan Bandaran dan Jalan Perpustakaan akan ditutup secara sementara pada jam 1.30 tengah hari hingga 5 petang pada 30 Disember semasa acara 'KK City Healthy Fun Ride' dan pada jam 7 pagi hingga 12.30 tengah hari semasa Majlis Pelancaran 'My Buskers Corner' pada 31 Disember.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.