Keretapi DMU 6601 langgar Jengkaut tergelincir dari landasan di Kg Bandau Membakut

Kickbola.net
Kereta Api Tergelincir Langgar Jengkaut Di Sabah, Pagi Tadi
GEMPAR !! KERETAPI REMPUH JENGKAUT DI MEMBAKUT. SEBUAH KERETA API JENIS DMU 6601 TERGELINCIR DARI LANDASAN DI LALUAN KAMPUNG BANDAU MEMBAKUT KIRA-KIRA PUKUL 5.40 PAGI TADI.

Kira-kira 130 penumpang yang dalam perjalanan ke tempat kerja di bandar raya menempuh detik cemas apabila kereta api dinaiki mereka merempuh jengkaut yang diletakkan berhampiran landasan di Bandau, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, tiada penumpang yang cedera selepas masing-masing berjaya keluar menyelamatkan diri sebaik kereta api terbabit berjaya berhenti.



Difahamkan, pemandu kereta api terbabit tidak sempat membrek sebaik menyedari bahagian badan jengkaut yang diletakkan berhampiran melepasi landasan sebelum merempuhnya.

Menurut sumber, jengkaut milik syarikat pembinaan diletakkan berhampiran landasan selepas selesai melakukan proses penyelenggaraan dan membaik pulih landasan yang terjejas teruk akibat banjir di daerah itu, baru-baru ini.
Kereta api yang membawa kira-kira 130 penumpang dari Beaufort ke Kota Kinabalu, tergelincir selepas melanggar sebuah jengkaut di Membakut, 5.30 pagi Isnin.
“Disebabkan banjir, beberapa landasan terpaksa dilencongkan dan tidak menyangka akan dilalui kereta api.

“Namun ketika kejadian, tiada pekerja atau pemandu jengkaut berada dalam jentera terbabit,” katanya.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan polis.

“Setakat ini, proses mengalihkan gerabak dan jengkaut masih dilakukan pihak berkenaan,” katanya.

Sebuah keretapi jenis DMU 6601 tergelincir dari landasan di laluan Kampung Bandau Membakut kira-kira pukul 5.40 pagi tadi.

Keretapi tersebut bergerak dari Stesen Daerah Beaufort pukul 5.00 pagi dan sepatutnya tiba di Stesen Tanjung Aru Kota Kinabalu pukul 7.00 pagi.

Seramai 26 orang penumpang berada dalam keretapi berkenaan dan tiada yang mengalami kecederaan.

Pihak pengurusan keretapi negeri Sabah masih melakukan siasatan terhadap punca kejadian.

Kerja-kerja penarikan satu-persatu gerabak keretapi yang tergelincir di Laluan Kampung Bandau Membakut.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.