PDRM sahkan Sairah Fitri mati dibunuh

PDRM sahkan Sairah Fitri mati dibunuh

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pelajar kolej ditemui mati dalam tandas

Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan mati akibat dibunuh.

Ia susulan laporan bedah siasat yang menemui dua tikaman di bahagian tulang rusuk mangsa.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu turut menemui kesan lebam di beberapa bahagian muka dan badan gadis terbabit, dipercayai akibat terhantuk pada objek tumpul, selain tusukan kecil di dada kanan.

Picture
Keningau : Gambar, Identiti FB Sairah Fitri mati dibunuh Tersebar di Laman Sosial.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata polis kini berusaha menjejaki suspek bagi membantu merungkai kematian mangsa dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan, namun polis mempergiatkan usaha menjejaki suspek dan mengenalpasti motif pembunuhan. "Kita juga sudah menjalankan siasatan rapi termasuk mendapatkan keterangan rakan karib mangsa serta ahli keluarga terdekat bagi membantu siasatan," katanya di sini.

Sairah yang juga penuntut sebuah kolej swasta di Petaling Jaya, Selangor, menjalani latihan industri di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak bulan lalu.

Beliau ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dalam tandas di tingkat dua bangunan berkenaan pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Kampung Durok, dekat sini, memulakan tugas seperti biasa pada jam 8 pagi sebelum pergi ke tandas sendirian.

Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau di sini, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan berkenaan, pagi tadi.

Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu ditemui oleh kakitangan pejabat berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Picture
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini

Keningau : Gambar, Identiti FB Gadis Maut Tersebar di Laman Sosial

23/02/2014 : Berita yang menggemparkan pada hari ini tersebar mengenai kematian seorang gadis yang ditemui di dalam tandas di pejabat daerah keningau menurut perkongsian yang menjadi viral di whatsapp hari ini.

Wanita yang dikenali sebagai Sairah Fitri, adalah seorang pelajar yang sedang menjalankan latihan praktikal di sini.

KES ini masih dalam penyiasatan Pihak Polis dan adalah diingatkan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang mungkin boleh mengganggu penyiasatan oleh pihak Polis.

Berikut adalah antara gambar yang kini semakin tersebar luas.

PUNCA KEJADIAN MASIH DALAM SIASATAN. KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI SILA BERHUBUNG KE BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.