Pelajar kolej ditemui mati dalam tandas Pejabat Daerah Keningau

Pelajar kolej ditemui mati dalam tandas

KENINGAU: Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau di sini, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan berkenaan, pagi tadi.

Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu ditemui oleh kakitangan pejabat berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

 "Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini," katanya.

Keningau : Gambar, Identiti FB Gadis Maut Tersebar di Laman Sosial

Gambar yang tersebar di laman sosial
23/02/2014 : Berita yang menggemparkan pada hari ini tersebar mengenai kematian seorang gadis yang ditemui di dalam tandas di pejabat daerah keningau menurut perkongsian yang menjadi viral di whatsapp hari ini.



Wanita yang dikenali sebagai Sairah Fitri, adalah seorang pelajar yang sedang menjalankan latihan praktikal di sini.

KES ini masih dalam penyiasatan Pihak Polis dan adalah diingatkan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang mungkin boleh mengganggu penyiasatan oleh pihak Polis.

Berikut adalah antara gambar yang kini semakin tersebar luas.


Pelajar Praktikal ditemui mati dalam tandas di Keningau

Sumber Gambar Laman Sosial

PUNCA KEJADIAN MASIH DALAM SIASATAN. KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI SILA BERHUBUNG KE BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.