Seorang Maut Insiden Bumbung KK Times Square runtuh

Kickbola.net
Bumbung KK Times Square runtuh, empat pekerja cedera parah
Bumbung runtuh, empat pekerja cedera parah

Seorang mangsa yang cedera parah akibat Bumbung runtuh di salah sebuah pusat beli-belah yang masih dalam pembinaan bersebelahan KK Times Square meninggal dunia kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Fitri Bin Munir beralamat di Kampung Likas Kota Kinabalu meninggal akibat pendarahan yang teruk pada bahagian kepala. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Empat mangsa lain yang turut cedera dalam kejadian itu masih dalam rawatan. Sumber: Polis Kota Kinabalu

Empat pekerja binaan cedera parah selepas sebuah bumbung terletak di pintu masuk sebuah kompleks beli-belah yang masih dalam pembinaan di KK Times Square di sini runtuh.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan keseluruhan struktur bumbung yang diperbuat daripada besi dan cermin itu tercabut dan runtuh.


Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jamaludin Hussien berkata, pemeriksaan awal pihaknya mendapati tiada mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.

Tambahnya, kesemua mangsa yang terlibat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut.



Post a Comment

Previous Post Next Post