MH370

Terkini
.

Gempa lemah 2.3 Skala Richter pada 8.41 pagi di 16 km tenggara Tuaran, Sabah

Kickbola.net
Gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km tenggara Tuaran, Sabah pada pukul 8.41 pagi ini. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60795
Gempa lemah 16 km tenggara Tuaran, Sabah

Gempa lemah 16 km tenggara Tuaran, Sabah KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.3 magnitud berlaku kira-kira 16 kilometer tenggara Tuaran, Sabah pada jam 8.41 pagi ini.



Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 6.1 darjah utara, 116.3 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasakan berhampiran Ranau.


Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada jam 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu.


GEMPA bumi lemah berukuran 2.3 magnitud berlaku kira-kira 16 kilometer tenggara Tuaran, Sabah pada jam 8.41 pagi ini. - Foto Google

Lapan belas orang - empat malim gunung dan 14 pendaki - terbunuh dalam gempa bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China. - BERNAMA

Gempa lemah 2.3 Skala Richter pada 8.41 pagi di 16 km tenggara Tuaran, Sabah Reviewed by admin Ucop on 8:04 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.