Eleanor Hawkins! Payudara anda telah mengundang kemarahan tuhan gunung!

Kickbola.net
Eleanor Hawkins! Payudara anda telah mengundang kemarahan tuhan gunung!
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Media Luar Negara Sensasikan Isu Bogel di Gunung Kinabalu

Petaling Jaya - Isu beberapa pelancong asing berbogel di Gunung Kinabalu baru-baru ini bukan sahaja menggemparkan Malaysia, malah turut mendapat perhatian media-media di luar negara.

Beberapa akhbar British hari ini mensensasikan lagi isu ini dengan memaparkan berita salah seorang rakyatnya yang terlibat, iaitu Eleanor Hawkins di muka-muka depan akhbar mereka.


Muka depan akhbar The Sun, memaparkan artikel yang bertajuk "Your boobs have angered mountain gods" (Payudara anda telah mengundang kemarahan tuhan gunung).


Akhbar The Daily Star pula mengatakan Hawkins akan dipenjara kerana membuat tuhan sedih sehingga menyebabkan gempa bumi di dalam artikelnya yang bertajuk "Naked Brit girl caused killer quake".

Selain itu, akhbar Daily Mirror turut sama menyajikan isu yang sama dengan memaparkan artikel bertajuk "Nude student faces jail for causing deadly quake" bersama satu gambar Hawkins yang sedang memandang kamera di muka depan akhbar tersebut.


Dalam satu perkembangan lain, ayah kepada Eleanor Hawkins, Tim Hawkins, berharap agar Malaysia hanya akan mendenda anaknya dan tidak dikenakan hukuman penjara.

Menurut Tim, Eleanor kini dalam ketakutan dan menangis ketika di telefon. "Ianya perbuatan yang biadap dan bodoh tapi dia tidak sedar pada ketika itu. Sudah tentu dia bukan penyebab gempa bumi itu, tapi dia kini benar-benar menyesal dengan perbuatannya itu".


Eleanor Hawkins adalah graduan daripada University of Southampton di dalam sarjana dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa, menurut profil LinkedIn miliknya.




Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.