Hajat guru beraya di rumah baru Kg. Mesilau tak kesempaian

Kickbola.net
Hajat guru beraya di rumah baharu tak kesempaian
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Hajat guru beraya di rumah baharu tak kesempaian

KUNDASANG: Hajat seorang guru sekolah menengah di sini untuk berhari raya di rumah baharu yang dibinanya secara beransur-ansur sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila rumah berkenaan ranap akibat tanah runtuh.

Haili Salim, 48, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Timbua, Ranau berkata rumahnya di Kampung Mesilau berkenaan runtuh selepas tapak struktur rumah menjadi lemah akibat hakisan banjir lumpur di Sungai Masilau beberapa hari lalu.

Picture
HAILI merenung rumahnya yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Mesilau, Kundasang, Sabah.

"Saya mengetahui mengetahui tragedi yang melanda rumah saya melalui WhatsApp yang dihantar oleh anak buah (anak saudara) saya kira-kira jam 8 pagi tadi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pusat pemindahan Dewan Mini Kundasang di sini hari ini.

Picture
KEADAAN rumah Haili yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Mesilau, Kundasang, Sabah

Katanya, jarak rumah tiga tingkatnya yang sudah menelan kos kira-kira RM300,000 dari tebing sungai sebelum banjir lumpur berkenaan ialah antara 60 hingga 70 meter manakala ketinggiannya daripada paras sungai ialah kira-kira 30 meter. Bagaimanapun, katanya selepas kejadian banjir lumpur itu, tebing sungai itu menjadi curam seperti abjad 'V' akibat hakisan banjir lumpur berkenaan menyebabkan struktur tapak rumahnya turut menjadi lemah lalu runtuh.

Picture
KEADAAN rumah Haili yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Mesilau, Kundasang Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

"Saya merancang berpindah ke rumah baharu itu pada Hari Raya akan datang ini.

Picture
HAILI bersyukur isteri dan anak-anaknya selamat

Namun saya terima semua ujian Allah ini dengan tabah," kata Haili yang kini tinggal dengan mentuanya. - BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post