Impian Isteri Robbi Sapinggi Pulang Dari England Musnah

Kickbola.net
Sepanjang pengebumian, Reena kelihatan tenang dan menahan air matanya keluar.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Gempa Sabah: Impian Isteri Robbi Sapinggi Pulang Dari England Musnah

Disaat mereka berpeluang untuk kembali hidup bersama dalam sebuah keluarga yang sempurna, tragedi gempa Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu telah meragut impian itu.

Robbi Sapinggi, 31, terpisah dengan isterinya Reena Joshi, 32, selama beberapa bulan selepas perkahwinan mereka pada September lalu kerana wanita itu terpaksa pulang ke England.

Reena yang merupakan pelajar perubatan berkata, dia pertama kali berkenalan dengan Robbi pada tujuh tahun lalu ketika bercuti di Sabah.

Dia dan bapanya kemudian diberikan seorang pemandu pelancong untuk membawa mereka naik ke Gunung Kinabalu.

"Kami memutuskan untuk meneruskan hubungan beberapa tahun kemudian membuat keputusan untuk berkahwin pada September di Sabah," katanya.

Reena berkata, disebabkan amalan agama berbeza, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin di rumah Robbi.

Picture
MALIM gunung, Robbi Sapinggi.

Katanya, kemudian dia terpaksa pulang ke England bagi menyelesaikan beberapa urusan keluarga akhir tahun lalu.

Dia juga tidak berkesempatan kembali ke Sabah untuk melahirkan anak pertama mereka yang kini sudah berusia 6 bulan.

Picture
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendukung Cameron Robbi, enam bulan, anak kepada mendiang Robbi Sapinggi yang terkorban semasa tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu, sambil diperhati oleh balu mendiang Reena Joshi

"Oleh kerana kesihatan bayi kami, saya terpaksa tinggal di England untuk tempoh masa sebelum kembali pulih sepenuhnya.

Picture
Isteri mendiang Robbi Sapinggi dengan wajah sayu tiba di Dewan Kinabalu, Kundasang menghadiri program penyampaian sumbangan kerajaan persekutuan yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri sebentar lagi. Pengorbanan mendiang tiada nilainya namun semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban keluarga mendiang dan semua mangsa korban gempa bumi.



"Saya kini tinggal di Cornwall tetapi saya bergerak di seluruh negara kerana belajar dan bekerja," katanya.

Reena berkata, dia kembali ke Sabah dengan tujuan untuk tinggal dalam jangka masa panjang.

Rancangan tersebut musnah apabila tragedi gempa yang berlaku pada Jumaat lalu apabila Robbi meninggal dunia dalam usaha menyelamatkan nyawa pendaki lain.

Apabila ditanya tentang pengorbanan yang dilakukan lelaki itu, Reena berkata, ia merupakan salah satu sifatnya.

"Dia mempunyai sifat yang sangat baik dan penyayang. Dia suka melakukan apa sahaja kerja untuk orang lain. Dia selalu meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada dirinya sendiri," ujarnya.

Kickbola.net Syarikat tempat Robbi bekerja, Amazing Borneo membuka tabung kemanusiaan kepadannya dan dalam tempoh 24 jam, mereka berjaya mengumpul hampir RM100,000.
Sepanjang pengebumian, Reena kelihatan tenang dan menahan air matanya keluar.

Bagaimanapun, ketika orang ramai menurunkan keranda suaminya, dia mula tidak mampu menyimpan perasaan sedih tersebut.

Picture
Mendiang Robbi Sapinggi selamat disemadikan

Jenazah Robbi Sapinggi Selamat Dikebumikan di Kiau

Jenazah Robbi Sapinggi, 30, maling gunung yang menjadi hero dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kiau Nulu.

Mendiang selamat disemadikan kira-kira jam 3 petang dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga dan sahabat.

Menurut abang Robbi, Billy Sapinggi, 32, pemergian Robbi memberi kesan yang mendalam kepada keluarganya.


"Kami sangat terkejut dengan pemergian mendiang. Kami tidak menyangka kejadian gempa bumi itu mengorbankannya.

Picture
MAYAT Robbi di Hospital Ranau untuk dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud.

"Kami sekeluarga tetap menerima takdir yang menimpa mendiang dan kami berharap mendiang dapat bersemadi dengan tenang di sana," katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian di perkuburan Kristian itu.


Namun Billy juga berkata kejadian ini tidak mematahkan semangatnya untuk berkhidmat sebagai malim di Gunung Kinabalu.

"Selepas ini saya akan terus berkhidmat sebagai malim di Gunung Kinabalu," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.