PDRM tahan lelaki muat naik status menghina gempa bumi Sabah

Picture
Polis tahan lelaki muat naik status 'hina' gempa bumi Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik status berbentuk 'hinaan' terhadap kejadian gempa bumi Sabah di laman Facebook ditahan polis, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra ketika mengesahkan penahanan itu, berkata suspek warga tempatan berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam.


"Siasatan serta rakaman percakapan kemudian dibuat terhadap suspek dan ia selesai pada jam 11 malam.

"Selain itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim milik suspek untuk tujuan siasatan lanjut," katanya.



Beliau berkata, hasil siasatan itu nanti akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Sabah bagi tujuan mendapatkan arahan pendakwaan.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.