Hujan yang berhenti sejak jam 10 malam tadi meredahkan sedikit keadaan Sungai Liwagu pagi ini.
Keadaan air berlumpur yang mengalir deras menghanyutkan kebanyakkan batu-batuan besar dan tidak lagi kelihatan seperti sebelumnya.
Jika keadaan cuaca bertambah baik, kemungkinan jengkaut boleh membersihkan Empangan Sungai Kibarambang daripada kayu-kayu yang menyekat aliran sungai dan keadaan berlumpur akan mudah hanyut untuk air kembali pulih seperti sediakala.Pihak polis masih menasihatkan orang ramai sekitarnya supaya berhati-hati jika banjir lumpur berulang.
Mudah-mudahan episod gempa sudah berakhir di daerah Ranau kerana Maha pencipta telah mendatangkan ujian baru iaitu banjir.
Penduduk di kawasan sekitar Gunung Kinabalu masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan banjir lumpur pasca gempa bumi Sabah.
Menurut Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Felix Tongkul, banjir lumpur berkenaan disebabkan oleh tanah yang tidak stabil di kawasan sekitar Gunung Kinabalu.
SEBAHAGIAN daripada penduduk kampung Mesilau Kundasang berpindah ke Dewan Masyarakat Kundasang bimbang dengan keselamatan berikutan banjir lumpur dari Gunung Kinabalu dan hujan berterusan di kampung mereka. - Foto BERNAMA
211 mangsa banjir lumpur
Jumlah mangsa banjir lumpur Kampung Masilau, yang ditempatkan di Dewan Mini Kundasang, Ranau, kini sebanyak 211 orang membabitkan 47 keluarga.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata, sehingga jam 7 petang tadi, jumlah mangsa sebanyak 211 orang membabitkan 121 dewasa, 88 kanak-kanak dan dua bayi.
"Semua mereka kini ditempatkan di Dewan Mini Kundasang sebagai langkah berjaga-jaga susulan banjir lumpur di Kampung Mesilau, sejak petang semalam," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Mohd Affendi berkata, pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Ranau kini dibuka bagi persiapan kemungkinan berlaku banjir kerana dikhuatiri air empangan Kampung Kibarambang dan Kampung Liwagu, di sini, melimpah ke kawasan berhampiran.
"Laporan mendapati empangan berkenaan dipenuhi air dan serpihan kayu menyebabkan pihak keselamatan menyarankan supaya penduduk berhampiran dapat berpindah ke Dewan Masyarakat Ranau buat sementara waktu.
"Dalam pada masa yang sama, anggota bomba sudah bersiap sedia untuk segala kemungkinan berlaku," katanya.
Semoga insan-insan yang terlibat kepada ujian ini sentiasa tabah dan redha menghadapinya dengan penuh kesabaran.
Sama-sama kita berdoa semoga tidak ada perkara lebih buruk akan berlaku.
Renungan....,,,"Hidup jangan dipaksa,mati dengan rela.....Hidup dengan rela,mati jangan dipaksa."Mengapakah harus bersyarat?.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment