Myvi Boleh! di HQ Maybank Karamunsing Viral

Kickbola.net
Myvi Mimang Bulih! Sehati Sejiwa Katakan! Kejadian Terjadi di Car Park HQ Maybank Karamunsing kelmarin pagi.. mungkin itu myvi "p" tu terlajak laris kali sampai nda sempat birik. kesian jg.
Myvi Boleh di Maybank Karamunsing

Sememangnya Perodua Myvi Boleh! tapi Bagaimana ia Terjadi ?Kejadian Myvi naik ke ruangan pejalan kaki dan telah melanggar sebuah motorsikal di tepi Bangunan Maybank Karamunsing HQ. Punca bagaimana kejadian ini berlaku tidak diketahui. Kemungkinan pemandu dalam keadaan panik.

P amacam bulih begini? Kelihatan seperti 2 Myvi ini cuba berebut parking space dan terdapat motor di bawah salah sebuah Myvi berwarna Silver?

Jika dilihat betul-betul terdapat juga motorsikal terperosok dibawah Myvi Silver tersebut. Memang kasihanlah pemilik motor tersebut . Alih-alih keluar bank lihat motor 'dibaham' Myvi.

Merujuk kepada keadaan status Myvi Silver terdapat pelekat 'P' disitu.

Barangkali pemandu cuba untuk meletak kereta namun terlajak menyisip sebuah myvi putih di hadapannya termasuk motor yang terperosok di bawah kenderaan malang ini.

Kami difahamkan, pemandu Wanita Myvi silver tu tertekan pedal minyak menyebabkan kereta tu terlajak ke hadapan lalu menyebabkan fonomena luar biasa yang jarang-jarang berlaku di tempat kejadian.

Pemilik motor pula sememangnya kasihan bila melihat motor miliknya  ditindis begitu sahaja.

Berhati-hati lah masa memandu. Inikan Sampai motor pun kena radu.

Sumber Foto: David Chang

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.