MH370

Terkini
.

Tabik! Usahawan Sabah bakal lancar model kereta jenama sendiri

Kickbola.net
Inshaallah antara model2 kereta jenama kita sendiri dan diiktiraf sebagai kereta buatan Malaysia Jenama SAF" yg akan dilancarkan tidak lama lagi oleh YAB PM.Terima Kasih YB DATUK SERI MUSTAFA MOHAMAD MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI kerana Meluluskan LESEN PEMASANGAN,JENAMA, & HARGA kereta jenama SAF. Semoga Allah mempermudahkan segalanya..Allahhuma amin.
Tabik! Usahawan Sabah bakal lancar model kereta jenama sendiri

Usahawan Sabah , Azizul HJ Tandek telah mewar-warkan di laman sosial beliau bahawa beliau bakal melancarkan kereta buatan Malaysia pertama untuk segmen 4WD.

Melihat kepada screenshot gambar yang dikongsikan, Model keluaran ini boleh tahan hebatnya seperti model keluaran Jenama tersendiri yang telah lama berada di pasaran. Beliau menyatakan di laman facebook beliau, model ini adalah Antara model kereta jenama sendiri dan bakal terealisasi tidak lama lagi.

Beliau telah menandatangani Perjanjian Pengambil Alihan Pegangan saham sebanyak 40% didalam Syarikat Pemasangan Kenderaan National Jenama"SAF" dalam Enggang Keramat Automotive Sdn Bhd. Beliau mengharapkan pengambilan saham ini akan merealisasikan impiannya untuk mempunyai kereta jenama sendiri untuk menyusur dijalan raya.

Berikut merupakan spesifikasi untuk model 4x4 SAF Truck Phantom & SAF Landfort keluaran beliau :-

SAF TRUCK PHANTOM
ENGINE MITSUBISHI 2.5L/DIESEL TURBO CHARGE 4X4
TRANSMISION: AUTO/MANUAL

SAF LANDFORT (NEW MODEL)
ENGINE: MITSUBISHI 2.5L/DIESEL
TRANSMISION: AUTO/MANUAL




Menurut beliau lagi Model kereta Segmen 4x4 ini masih belum dilancarkan. "Model-model ini bakal menjadikan model kereta jenama kita sendiri dan diiktiraf sebagai kereta buatan Malaysia Jenama SAF" yang akan dilancarkan tidak lama lagi".


Ia bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri sendiri YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Pihak kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia juga telah meluluskan pemasangan jenama & harga kereta Jenama ini menjadikan ia model kereta 4x4 keluaran pertama seumpamanya di Malaysia.


Tahniah buat usahawan muda Berasal dari Sabah ini. Semoga beliau dapat meneruskan perjuangan didalam bidang automotif Negara di tahun 2015 ini.


Sekitar Lawatan beliau di kilang pemasangan kenderaan jenama"SAF" dalam proses pemasangan kereta dan berjalan mengikut jadual.


Semoga Model Jenama ini dapat mencapai kualiti dan setanding dengan segmen pengeluar untuk bersaing dengan pengeluar Jenama yang telah establish bagi mendapatkan pasaran bukan sahaja di Malaysia malah untuk memasuki pasaran antarabangsa.


Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah ke laman facebook beliau di sini.

Tabik! Usahawan Sabah bakal lancar model kereta jenama sendiri Reviewed by admin Ucop on 7:39 AM Rating: 5
All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.