Perlumbaan Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu 2015 Dibatalkan - Menteri Pelancongan Sabah

Kickbola.net
Runners from around the world convene at the '28th Mount Kinabalu International Climbathon 2014' to take on the majestic Mount Kinabalu. It is an annual event that requires physical and mental strength to conquer the highest peak in Southeast Asia.
Perlumbaan Kembara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu 2015 Dibatalkan - Menteri Pelancongan

KUNDASANG, 25 Jun (Bernama) -- Perlumbaan Kembara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Okt ini dibatalkan berikutan kerosakan laluan gunung akibat gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan itu dibuat setelah berunding dengan pengurusan Taman-Taman Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah.


"Ini kerana kita amat mengambil kira keselamatan para peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Peserta yang telah mendaftar boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat semula pulangan wang pendaftaran mereka daripada pihak penganjur termasuk Lembaga Pelancongan Sabah, kata Masidi.


Pada siri ke-28 tahun lalu, perlumbaan kembara yang merupakan acara tahunan itu menarik sebanyak 741 peserta dari 31 buah negara.

-- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post